Close

Spesifikasi OPPO Find X8 tertiris – Guna cip Dimensity 9400?

Spesifikasi peranti andalan OPPO iaitu Find X8 telahpun tertiris. Sekaligus, mendedahkan beberapa maklumat mengenai peranti tersebut.

Berdasarkan dari maklumat tersebut, OPPO Find X8 akan dikuasakan dengan cip terbaru dari MediaTek iaitu Dimensity 9400. Cip ini belum lagi diumumkan dan dijangka akan diperkenalkan sekitar Oktober ini.

OPPO Find X8 akan dilengkapi dengan skrin OLED BOE bersaiz 6.5-inci dengan resolusi 1.5K. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor Utama 50MP + 50MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto Periskop. Dimuatkan dengan bateri 5700mAh yang menyokong pengecasan berwayar 80W dan 50W tanpa wayar.

Selain itu, peranti ini akan hadir dengan butang tambahan iaitu Quick Button. Butang tambahan ini tidak hanya digunakan untuk kamera tetapi turut boleh digunakan untuk pelbagai fungsi lain. 

Peranti ini akan ditawarkan secara rasmi ke pasaran tempatan selepas dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN