Fungsi kecerdasan buatan (AI) iaitu Apple Intelligence dijangka akan mula tersedia kepada pengguna iPhone pada penghujung Oktober ini. Fungsi tersebut akan ditawarkan melalui kemas kini iOS 18.1.
Menurut laporan, Apple merancang untuk melepaskan kemas kini iOS 18.1 dengan Apple Intelligence pada penghujung Oktober ini iaitu pada 28 Oktober ini. Namun begitu, tidak semua fungsi Apple Intelligence akan ditawarkan melalui iOS 18.1. Bermaksud, fungsi lain akan diberikan secara berperingkat melalui kemas kini akan datang.
Untuk permulaan, fungsi Apple Intellingence yang akan ditawarkan melalui kemas kini adalah seperti clean up, writing tools dan juga notification summary. Fungsi ini akan tersedia pada iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, iPhone 16, iPhone 16 Plus, iPhone 16 Pro, dan juga iPhone 16 Pro Max.
Masalah pepijat dikatakan sebagai punca kelewatan dalam penawaran Apple Intelligence. Berikutan itu, Apple memerlukan masa yang lebih panjang untuk menyelesaikan masalah tersebut.