vivo telahpun menjadualkan acara pelancaran siri X200 pada 14 Oktober ini. Seiring dengan itu, vivo telah berkongsi beberapa maklumat mengenai peranti tersebut.
Siri vivo X200 akan ditawarkan dengan 3 pilihan model iaitu X200, X200 Pro Mini dan X200 Pro. Buat pertama kalinya, vivo menawarkan peranti dengan saiz yang lebih kompak melalui X200 Pro Mini. Model ini memfokuskan kepada pengguna yang menyukai peranti bersaiz kecil dalam masa menawarkan kemampuan seperti model pro.
Siri X200 kini menggunakan rekaan yang jenis rata pada bahagian sisi, panel belakang dan juga skrin hadapan. Perubahan ini akan menjadikan peranti ini lebih ergonomik berbanding model sebelumnya yang menggunakan rekaan jenis melengkung.
Selain itu, siri X200 akan dikuasakan dengan cip terbaru dari MediaTek iaitu Dimensity 9400 yang akan turut menawarkan pelbagai fungsi berasaskan AI secara terbina. Seperti model sebelumnya, siri X200 akan turut menawarkan kemampuan kamera yang lebih baik dengan pelbagai peningkatan akan dimuatkan.