MediaTek secara rasmi memperkenalkan cip baru iaitu Dimensity 9400. Merupakan cip kelas andalan dan pengganti kepada cip semasa iaitu Dimensity 9300.

Dimensity 9400 ini dihasilkan dengan menggunakan teknologi binaan 3nm (N3E) dari TSMC. Menurut MediaTek, cip ini menawarkan peningkatan prestasi sebanyak 35% untuk teras tunggal dan 28% untuk teras pelbagai. Merupakan cip pertama di pasaran yang menyokong konfigurasi RAM LPDRR5X dengan kelajuan sehingga 10.7 Gbps.

Masih menggunakan konfigurasi 8 teras iaitu 1+3+4 namun dengan CPU generasi baru yang lebih berkuasa. Cip ini dimuatkan dengan 1x Cortex-X925 3.63 Ghz + 4x Cortex-X4 3.3 GHz + 4x Cortex-A720 2.4 GHz. Dipadankan dengan GPU Immortalis-G925 yang menjanjikan peningkatan prestasi sehingga 41%, 40% peningkatan ray-tracing dan 44% lebih jimat kuasa.
Cip ini dilengkapi dengan NPU 890 yang membolehkan ia menjalankan pelbagai model AI dengan penggunaan kuasa 35% yang lebih rendah. Spesifikasi yang turut ditawarkan pada cip ini adalah seperti menyokong peranti tri-skrin boleh lipat, rakaman video sehingga 8K 60fps, WiFi 7, skrin WQHD+, sokongan kamera sehingga 320MP, Bluetooh 5.4, UFS 4.0 + MCQ dan lain- lain.
Peranti terawal yang dijangka akan menggunakan cip ini adalah siri vivo X200 dan OPPO Find X8. Kedua-dua peranti ini dijangka akan diperkenalkan dalam masa terdekat.