Selepas memperkenalkan siri realme 13 Pro 5G ke pasaran tempatan, realme mengumumkan dua lagi peranti di bawah siri yang sama iaitu realme 13 5G dan 13+ 5G.
realme 13+ 5G hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.67-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dengan kecerahan puncak 2000 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 7300 Energy yang dipadankan dengan 12GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 512GB UFS 3.1.
Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony LYT-600 + 2MP Kedalaman + Auxiliary Lens . Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 16MP. Mampu merakam video pada resolusi sehingga 4K 30fps dan juga slow motion pada resolusi 1080P 120fps.
Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 80W. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti bicu audio 3.5mm, WiFi 6, pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari bawah skrin dan menjalankan realme UI 5.0 berasaskan Android 14.
Manakala untuk realme 13 5G, ia hadir dengan skrin LCD 6.72-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dan touch sampling rate pada 240Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 6300 yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehinga 256GB.
Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP OIS + 2MP Kedalaman dan swafoto 16MP. Dimuatkan dengan bateri 5200mAh yang menyokong pengecasan 45W. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti bicu audio 3.5mm, Bluetooth 5.3, pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari bawah skrin dan menjalankan realme UI 5.0 berasaskan Android 14.
Untuk pasaran Malaysia, realme 13 5G dijual pada harga RM1199 untuk 12GB + 256GB. Manakala realme 13 + 5G pula dijual pada harga RM1399 12GB + 256GB dan RM1799 untuk 12GB + 512GB.