Sonos secara rasmi memperkenalkan dua produk audio baru ke pasaran tempatan melalui model Arc Ultra dan Sub 4.
Sonos Arc Ultra merupakan sebuah soundbar yang hadir dengan subwoofer terbina. Dilengkapi dengan teknologi baru yang dipanggil sebagai sistem sound motion yang mengurangkan saiz tranduser secara drastik dalam masa yang sama menghasilkan bass yang lebih berkualiti.
Turut dimuatkan dengan sistem Speech Enhancement menjadikan setiap dialog dalam filem lebih terang dan jelas. Selain itu, ia turut menyokong audio spatial 9.1.4, HDMI eARC, Bluetooth, Dolby Atmos, Trueplay dan banyak lagi.
Manakala untuk Sonos Sub 4, ia tampil dengan rekaan yang diperbaharui dan lebih ringan iaitu sekitar 12 kg berbanding 14 kg pada model sebelumnya. Komponen dalaman turut dipertingkat yang menawarkan pengalaman audio yang lebih baik dengan bass yang lebih berkualiti.
Selain itu, ia kini dilengkapi dengan cip WiFi baru yang menjanjikan sambungan lebih stabil. Sonos Sub 4 sesuai dipadankan dengan pelbagai produk Sonos seperti Beam, Arc dan Arc Ultra.
Untuk pasaran Malaysia, Sonos Arc Ultra dijual pada harga RM5899 dan Sonos Sub 4 pula dijual pada harga RM4799. Bagi yang berminat, kedua-dua produk ini akan mula dijual pada 29 Oktober ini, boleh didapatkan di Sonos Concept Store, Lazada dan lain-lain.