Qualcomm telapun mengumumkan cip andalan baru mereka iaitu Snapdragon 8 Elite di acara Snapdragon Summit 2024. Cip ini menggunakan CPU Oryon dan dibina dengan teknologi binaan 3nm.
Seiring dengan pengumuman tersebut, Qualcomm turut mendedahkan Xiaomi akan menjadi pengeluar pertama yang akan menggunakan cip ini pada siri Xiaomi 15. Peranti tersebut dijangka akan diperkenalkan pada penghujung bulan ini.
Menurut Qualcomm, Snapdragon 8 Elite ini menggunakan CPU Oryon generasi ke-2 yang menawarkan peningkatan prestasi sehingga 45% pada CPU dan menggurangkan penggunaan kuasa sehingga 44%.
Cip ini menggunakan konfigurasi 2+6 dengan 2 teras CPU Prime berkelajuan 4.32GHz + 6 teras CPU Perfomance berkelajuaan 3.53GHz. Cip ini dipadankan dengan RAM LPDDR5X dengan kelajuan 5300MHz. Untuk prestasi GPU, cip ini menjanjikan peningkatan sehingga 40% lebih pantas dan menyokong Unreal Engine 5.3.
Selain Xiaomi, pengeluar terawal yang dijangka akan menggunakan cip ini adalah HONOR, iQOO, OnePlus, OPPO, realme, Samsung dan vivo.