vivo 40 Lite secara rasmi diperkenalkan untuk pasaran tempatan. Peranti ini tampil dengan pakej yang menarik merangkumi spesifikasi dan juga rekaan.
V40 Lite hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.67-inci dengan resolusi 2400 x 1800 dan menyokong paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 4 Gen 2 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB.
Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 32MP. Seperti model vivo yang lain, V40 Lite ini turut dimuatkan dengan fungsi AI Aura Light. Dimuatkan dengan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan 80W. vivo mendakwa, bateri peranti ini mempunyai ketahanan sehingga 4 tahun.
Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP64, NFC, Bluetooh 5.0, pengimbas cap jari bawah skrin, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan FunTouch OS 14 berasaskan Android 14. Untuk sistem operasi, ia menjanjikan kelancaran sehingga 4 tahun.
Di Malaysia, vivo V40 Lite dijual pada harga bermula RM1299 (8GB + 256GB) dan RM1499 (12GB + 512GB). Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula 22 sehingga 25 Oktober ini.