Close

realme GT 7 Pro akan tiba di Malaysia pada November ini – Guna cip Snapdragon 8 Elite?

Qualcomm telapun mengumumkan cip andalan baru mereka iaitu Snapdragon 8 Elite. Cip baru ini membawakan perubahan yang ketara dari semua aspek merangkumi CPU, GPU dan NPU.

Seiring dengan pengumuman tersebut, realme mengesahkan peranti andalan mereka iaitu GT 7 Pro akan turut dilengkapi dengan cip Snapdragon 8 Elite. Lebih menarik, realme Malaysia mengesahkan peranti ini akan tiba ke pasaran tempatan pada November ini.

Sekaligus, menjadikan ia peranti pertama dengan cip Snapdragon 8 Elite yang akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Malangnya, tiada sebarang maklumat yang dikongsi mengenai peranti ini oleh realme Malaysia. Seperti yang kita tahu, siri realme GT memfokuskan kepada harga jualan yang lebih kompetitif dengan spesifikasi peranti andalan.

Snapdragon 8 Elite menggunakan konfigurasi 2+6 dengan 2 teras CPU Prime berkelajuan 4.32GHz + 6 teras CPU Perfomance berkelajuaan 3.53GHz. Dipadankan dengan RAM LPDDR5X dengan kelajuan 5300MHz. Untuk prestasi GPU, cip ini menjanjikan peningkatan sehingga 40% lebih pantas dan menyokong Unreal Engine 5.3.

ARTIKEL BERKAITAN