Close

EV mampu milik Perodua akan tiba pada penghujung tahun 2025

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri iaitu Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz menyatakan EV mampu milik dari Perodua dijangka akan tiba pada penghujung tahun 2025.

Menurut beliau, Perodua dijangka akan dapat mencapai sasaran tersebut menjelang akhir 2025 dan MITI akan membantu untuk mencapai perkara tersebut. Selain itu, EV pertama dari Perodua ini akan dijual pada harga di bawah RM100,000 sekaligus menjadikan ia lebih mampu milik.

Sebelum ini, pada pembentangan Belanjawan MADANI Ketiga 2025 pada Jumaat minggu lalu. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan Perodua ketika ini sedang membangunkan EV yang akan dijual pada harga kurang dari RM100,000.

Seiring dengan ketibaan EV mampu milik tersebut, kerajaan menyasarkan untuk mempunyai 10,000 pengecas awam bagi mengurangkan nisbah pengecas EV kepada 1:9 menjelang akhir tahun 2025.

Bercakap mengenai EV mampu milik dari Perodua, konsep rekaan EV tersebut telahpun diperlihatkan. Tampil dengan rekaan seperti Myvi namun dimuatkan dengan elemen futuristik dan menggunakan nama EMO-1 (Electric Motion Online-1).

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN