Fungsi yang ditunggu-tunggu oleh pengguna iPhone iaitu Apple Intelligence akhirnya tiba melalui kemas kini iOS 18.1.
Walau bagaimanapun, fungsi Apple Intelligence hanya tersedia untuk iPhone 15 Pro, 15 Pro Max dan siri iPhone 16. Sementara untuk model iPhone lain, kemas kini iOS 18.1 akan diterima tanpa fungsi Apple Intelligence.
Selain itu, tidak semua fungsi Apple Intelligence yang ditawarkan melalui iOS 18.1. Bermaksud, fungsi lain akan diberikan secara berperingkat melalui kemas kini akan datang. Untuk peringkat pertama, fungsi Apple Intelligence yang ditawarkan adalah Writing Tools, Summaries & Smart Replies, Clean Up dan lain-lain.
Apple Intelligence turut ditawarkan pada iPad dan Mac melalui kemas kini iPadOS 18.1 dan macOS Sequoaia 15.1. Fungsi ini hanya tersedia untuk peranti yang menggunakan cip A17 Pro dan cip M1 ke atas. Bermaksud, Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti iPhone 15 Pro, iPad dan Mac dengan cip M1 dan ke atas.
Untuk mengemas kini ke iOS 18.1, pergi ke Settings > General > Software Update dan pilih Update Now.