Close

iQOO 13 dikesan melepasi SIRIM Malaysia – Mungkin tiba tak lama lagi?

iQOO 13 dijangka akan diperkenalkan secara rasmi ke pasaran tempatan selepas peranti tersebut dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia.

Peranti tersebut dikesan melepasi pengesahan SIRIM pada 1 November 2024 dengan kod model I2401 (iQOO 13) dan didaftarkan VTALENT BUSINESS SDN BHD. iQOO 13 telahpun dilancarkan secara rasmi di China.

Hadir dengan skrin 6.82-inci LTPO 2.0 AMOLED dengan paparan 144Hz dan kecerahan puncak 1800 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony IMX921 + 50MP Ultra Lebar Samsung S5KJN1 + 50MP Telefoto Sony IMX816. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 32MP. Dimuatkan dengan bateri 6150mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar.

Tidak dapat dipastikan adakah pasaran tempatan akan turut menggunakan spesifikasi yang sama atau sebaliknya. Buat masa ini, iQOO Malaysia belum lagi mendedahkan sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran dan ketersedian peranti ini. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN