Close

realme GT 7 Pro akan tiba di Malaysia pada 18 November ini

realme Malaysia telah menjadualkan acara pelancaran untuk GT 7 Pro pada 18 November ini. Menarik mengenai peranti ini adalah, ia akan menjadikan peranti pertama dengan cip Snapdragon 8 Elite tiba ke pasaran tempatan.

Cip Snapdragon 8 Elite dihasilkan dengan menggunakan CPU Oryon generasi ke-2 yang menawarkan peningkatan prestasi CPU sehingga 45% dan menggurangkan penggunaan kuasa sehingga 44%. Selain itu, merupakan cip Snapdragon pertama yang menyokong fungsi Nanite yang digunakan pada Unreal Engine 5.3.

realme GT 7 Pro dijangka akan hadir dengan pelbagai fungsi menarik yang dikuasakan oleh Next AI dan kemampuan kamera yang lebih baik melalui HYPERIMAGE+. Walau bagaimanapun, realme Malaysia tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai spesifikasi lengkap peranti tersebut.

Seperti biasa, maklumat lanjut mengenai peranti ini hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak. Jadi, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN