realme secara rasmi memperkenalkan peranti andalan baru mereka iaitu GT 7 Pro. Sama seperti peranti andalan yang lain, peranti ini turut dikuasakan dengan cip terbaru dari Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Elite.
realme GT 7 Pro hadir dengan skrin LTPO OLED Plus bersaiz 6.78-inci. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 6000 nits. Dikuasaan dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.0.
Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto Periskop dan swafoto 16MP. Kemampuan kamera ini dibantu dengan teknologi HYPERIMAGE+ yang menjanjikan hasil imej yang lebih baik. Dimuatkan dengan bateri silikon-karbon 6500mAh yang menyokong pengecasan 120W.
Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah seperti WiFi 7, pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari bawah skrin, penarafan IP68+IP69 dan menjalankan realme UI 6.0 berasaskan Android 15. Selain itu, peranti ini turut hadir dengan pelbagai fungsi yang dikuasakan oleh Next AI.
Di China, realme GT 7 Pro ini dijual pada harga bermula sekitar CNY3599 (RM2214). Peranti ini akan turut diperkenalkan di Malaysia pada 18 November ini.