Close

Apple mungkin guna skrin LTPO 120Hz pada semua iPhone 17

Apple dijangka akan mula menggunakan skrin LTPO 120Hz pada semua model iPhone 17.

Menurut laporan, Apple merancang untuk menggunakan skrin LTPO 120Hz pada semua model iPhone 17 iaitu iPhone 17, iPhone 17 Slim, iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max. Sebelum ini, skrin LTPO 120Hz hanya digunakan pada model premium sahaja iaitu iPhone 16 Pro dan 16 Pro Max. Manakala, model biasa iaitu iPhone 16 dan 16 Plus menggunakan skrin LTPS dengan paparan 60Hz.

Samsung Display dan LG Display dijangka akan menjadi pembekal skrin untuk siri iPhone 17. Namun begitu, hanya skrin dari Samsung Display akan digunakan pada semua model iPhone 17. Manakala, skrin dari LG Display hanya akan digunakan pada 2 model sahaja iaitu iPhone 17 Slim dan iPhone 17 Pro sahaja.

Selain itu, Apple akan memperkenalkan model baru iaitu iPhone 17 Slim untuk menggantikan iPhone 17 Plus. iPhone 17 Slim dijangka hadir dengan spesifikasi yang lebih baik dan menggunakan rekaan yang lebih nipis dan ringan.

Sekiranya laporan ini tepat, ia pasti akan mengembirakan peminat dan pengguna iPhone di seluruh dunia.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN