Close

Samsung mungkin perkenal Galaxy Z Flip FE

Samsung berkemungkinan akan memperkenalkan Galaxy Z Flip FE yang akan ditawarkan pada harga lebih mampu milik.

Menurut laporan, Samsung akan memperkenalkan siri FE untuk Galaxy Z Flip yang akan tiba pada tahun depan. Galaxy Z Flip FE dijangka hadir dengan konfigurasi memori yang lebih rendah, cip pemproses yang lebih lama dan kemampuan kamera yang kurang berkuasa.

Penawaran spesifikasi tersebut dilihat sesuai dengan harga jualan yang lebih mampu milik. Ketibaan model ini dijangka akan menjadi pencabar kepada peranti boleh lipat dalam segmen yang sama seperti Infinix, nubia dan lain-lain.

Laporan lain menjangkakan yang Galaxy Z Flip FE akan diperkenalkan sekitar April 2025 dan akan tiba bersama dengan Galaxy S25 Slim.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN