Close

BYD bakal perkenal EV baru pada November ini

BYD bakal memperkenalkan sebuah lagi kenderaan elektrik (EV) baru untuk pasaran tempatan. Perkara tersebut dikongsi melalui Instagram rasmi byd.malaysia.

Berdasarkan perkongsian tersebut, BYD memberikan gambaran bahawa mereka akan memperkenalkan sebuah lagi EV ke pasaran tempatan dan ia merupakan sebuah SUV. Malangnya, BYD tidak mendedahkan nama model tersebut namun berkongsi gambar Sealion pada poster pelancaran tersebut.

kita mungkin boleh menjangkakan ia adalah BYD Sealion 7. Merupakan sebuah EV SUV berprestasi tinggi dengan kelajuan maksimum 215 km/j. Dimuatkan dengan bateri 91.3 kWh yang menyokong pengecasan pantas DC 230 kW. Jarak gerak yang ditawarkan oleh SUV ini adalah sekitar 550 km (WLTP).

Buat masa ini, BYD Malaysia belum lagi berkongsi sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran dan ketersedian EV ini. Seperti biasa, kita mungkin boleh ia akan diumumkan dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN