Close

Apple akan labur $10 juta untuk membolehkan iPhone 16 dijual di Indonesia

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, kerajaan Indonesia telahpun menyekat penjualan iPhone 16 di negara mereka. Sekatan tersebut disebabkan oleh kegagalan Apple untuk memperbaharui pensijilan Tingkat Komponen Dalam Negeri (TKDN) dan komitmen pelaburan.

Dalam perkembangan terbaru mengenainya, Apple dijangka akan melabur sekitar $10 juta di Indonesia untuk membolehkan iPhone 16 dijual di negara tersebut. Apple telahpun mengemukakan cadangan tersebut kepada Kementerian Perindustrian Indonesia untuk melabur dengan sebuah kilang di Bandung.

Melalui pelaburan tersebut, Apple akan bekerjasama dengan pembekalnya yang akan menawarkan kemudahan baru khusus untuk menghasilkan aksesori dan komponen untuk iPhone.

Sekatan ini tidak hanya dikenakan kepada Apple sahaja. Google turut menerima nasib yang sama selepas dilarang untuk menjual Pixel 9 di negara tersebut.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN