Close

Samsung Galaxy Ring 2 mungkin diperkenalkan lebih awal

Samsung berkemungkinan akan memperkenalkan Galaxy Ring 2 lebih awal dari yang dirancang. Bukan itu sahaja, Galaxy Ring 2 dijangka hadir dengan pelbagai peningkatan yang lebih baik.

Menurut laporan, Galaxy Ring 2 akan diperkenalkan lebih awal iaitu sekitar Januari tahun depan. Laporan tersebut turut menyatakan yang peranti tersebut akan turut membawakan beberapa peningkatan yang lebih baik dari generasi sebelumnya.

Antara penambahbaikkan yang akan dibawa pada Galaxy Ring 2 adalah seperti sensor kesihatan yang lebih berkuasa dan jangka hayat bateri yang lebih panjang. Rekaan turut dipertingkat untuk menjadikan ia lebih selesa dan sesuai untuk dipakai sepanjang hari.

Pada ketika ini, Samsung Galaxy Ring telahpun ditawarkan dengan harga sekitar $399 (RM1876). Ditawarkan dalam 3 pilihan warna iaitu Silver, Black atau Gold. Namun begitu, Galaxy Ring hanya ditawarkan di beberapa pasaran sahaja dan tidak tersedia untuk pasaran tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN