Kerajaan Kanada mengarahkan TikTok untuk menutup operasi mereka di negara tersebut.
Arahan tersebut dikeluarkan kerana kebimbangan terhadap keselamatan negara. Keputusan itu dibuat berdasarkan kepada bukti dan juga maklumat yang dikumpul dan disokong oleh komuniti keselamatan dan perisikan Kanada serta rakan kongsi kerajaan lain.
Walau bagaimanapun, Kanada tidak akan menyekat aplikasi tersebut atau menghalang keupayaan mereka untuk mencipta kandungan. Keputusan untuk menggunakan platform tersebut adalah pilihan peribadi namun pengguna diminta berhati-hati mengenai keselamatan siber.
TikTok turut menghadapi masalah yang sama di Amerika Syarikat selepas diarah untuk menjual operasi mereka atau berhadapan penutupan sepenuhnya pada Januari 2025.