Close

Setel kenakan caj 1% untuk tambah nilai guna kad kredit – Berkuat kuasa 5 Disember ini

Selepas Grab dan Touch ‘n Go, kini giliran Setel pula mengenakan caj 1% untuk tambah nilai melalui kad kredit.

Caj tersebut akan mula dikenakan bermula 5 Disember ini. Caj ini akan dikenakan secara automatik apabila pengguna menambah nilai ke dalam akaun Setel melalui kad kredit. Namun begitu, caj tambahan ini tidak akan dikenakan untuk transaksi tambah nilai secara automatik ke dalam dompet digital.

Pengguna masih boleh menambah nilai secara percuma melalui kad debit, e-Wallet atau pindahan melalui bank. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman rasmi Setel.

ARTIKEL BERKAITAN