Close

iPhone 15 adalah fon paling laris untuk suku ketiga 2024

Pasaran telefon pintar global untuk suku ketiga tahun 2024 terus dipegang oleh Apple selepas iPhone 15 disenaraikan sebagai fon paling laris untuk tempoh tersebut.

Berdasarkan dari perkongsian Counterpoint Research, memperlihatkan iPhone 15 berada dikedudukan pertama diikuti dengan iPhone 15 Pro Max dan iPhone 15 Pro. Model mampu milik dari Samsung iaitu Galaxy A15 4G dan Galaxy A15 5G pula berada dikedudukan ke-4 dan ke-5.

Apa yang lebih menarik, peranti andalan Samsung iaitu Galaxy S24 turut berada dalam senarai dikedudukan ke-10. Kali terakhir siri Galaxy S disenaraikan sebagai fon paling laris adalah pada suku ketiga tahun 2018.

Seperti sebelum ini, Apple dan Samsung dilihat terus mendominasi pasaran telefon untuk suku ketiga 2024. Redmi 13C 4G menjadi wakil tunggal untuk Xiaomi dan berada dikedudukan yang sama seperti tahun sebelumnya tempat ke-9.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN