Kerajaan tidak merancang untuk menyekat akses perkhidmatan platform media sosial yang gagal mendaftar lesen perkhidmatan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, keperluan pelesenan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 itu bertujuan untuk memastikan penyedia perkhidmatan bertanggugjawab dalam masa yang sama mewujudkan ekosistem dalam talian yang selamat untuk pengguna.
Selain itu, pengguna masih boleh mengakses dan menggunakan platform tersebut selepas peraturan berkuatkuasa. Beliau turut menyatakan, menyekat akses adalah langkah terakhir yang akan dibuat namun perkara tersebut perlu dielakkan.
Sebelum ini, kerajaan telah mengeluarkan arahan semua platform media sosial dan permesejan yang beroperasi di Malaysia perlu memohon lesen daripada kerajaan. Tempoh permohonan dibuka bermula 1 Ogos 2024 dan akan berkuat kuasa bermula 1 Januari 2025.