Close

iPhone bakal sokong fungsi baru – Papar ‘Charging time’ ketika mengecas

iOS 18 bakal menyokong fungsi baru yang akan memaparkan berapa lama masa yang diperlukan untuk mengecas iPhone.

Fungsi tersebut dikesan melalui kod tersembunyi pada iOS 18.2 beta 2 untuk pembangun. Yang mana, fungsi tersebut dipanggil sebagai ‘Battery Intelligence’. Melaluinya, ia akan memaparkan anggaran masa untuk mengecas berdasarkan kepada jumlah kuasa yang diterima.

Pengguna juga mempunyai pilihan untuk menetapkan notifikasi yang akan memberitahu berapa lama waktu diambil untuk mengecas sehingga 80%.

Walau bagaimanapun, fungsi tersebut masih disembunyikan dan belum lagi diaktifkan oleh Apple. Tidak dapat dipastikan adakah ia akan diaktifkan pada kemas kini akan datang atau sebalik. Sebagai rekod, fungsi ini telahpun tersedia pada peranti Android.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN