Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) merancang untuk menggunakan EV sepenuhnya menjelang 2037.
Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Muhammad Yazurin Sallij menyatakan, penggunaan EV sepenuhnya akan dapat menjimatkan sehingga 30% kos penyelenggaran dan lebih dari 50% untuk kos tenaga. Data tersebut merujuk kepada pengoperasian 15 bas elektrik dalam perkhidmatan Bus Rapid Transit (BRT) di Laluan Sunway.
Menurut beliau, harga untuk bas EV boleh dikatakan agak mahal namun penjimatan dari segi penyelenggaraan dan tenaga menjadikan kos keseluruhan bas ini lebih murah.
Peralihan bas diesel ke EV akan dilakukan secara berperingkat dan selari dengan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara rendah karbon. Seiring dengan itu, Rapid Bus akan beralih ke perkhidmatan pengangkutan dalam bentuk bas EV 100% menjelang 2037.