Close

Cara aktifkan Apple Intelligence pada iOS 18.1

Apple telahpun melepaskan kemas kini iOS 18.1 untuk pengguna iPhone. Apa yang menarik, kemas kini turut menyertakan fungsi yang ditunggu-tunggu iaitu Apple Intelligence. Walau bagaimanapun, Apple Intelligence hanya tersedia pada iPhone 15 Pro, 15 Pro Max dan siri iPhone 16.

Cara aktifkan Apple Intelligence :

  • 1- Muat turun dan pasang iOS 18.1.
  • 2- Pergi ke Settings > General > Language & Region dan pilih ‘English (US)’.
  • 3- Seterusnya, pergi ke Settings > Apple Intelligence & Siri > Language dan pilih ‘English (United States)’.
  • 4- Pada bahagian Apple Intelligence & Siri, tekan ‘Join the Apple Intelligence Waitlist’.
  • 5- Seterusnya, anda perlu menunggu beberapa minit sebelum Apple Intelligence diaktifkan.
  • 6- Selepas selesai, ia akan memaparkan butang ‘Turn On Apple Intelligence’.

Sebagai peringatan, pengaktifkan (‘Join the Apple Intelligence Waitlist’) mungkin mengambil masa yang agak lama dan berbeza mengikut keadaan. Jadi, sekiranya proses terlalu lama anda disarankan untuk melakukan restart.

Buat masa ini, hanya beberapa sahaja fungsi Apple Intelligence yang ditawarkan melalui iOS 18.1. Fungsi lain akan diberikan secara berperingkat melalui kemas kini akan datang. Untuk peringkat pertama, fungsi Apple Intelligence yang ditawarkan adalah Writing ToolsSummaries & Smart RepliesClean Up dan lain-lain.

ARTIKEL BERKAITAN