nubia telah menjadualkan acara pelancaran peranti baru mereka iaitu siri Red Magic 10 pada 13 November ini.
Siri Red Magic 10 dijangka akan dilengkapi dengan cip terbaru dari Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Elite. Menariknya, peranti ini akan turut dikuasakan dengan cip permainan khas yang dibangunkan sendiri oleh nubia iaitu R3.
Peranti ini akan digabungkan dengan teknologi RAM LPDDR5X yang berkelajuan 9600 Mbps dan storan dalaman UFS 4.0 Pro. Teknologi permainan turut dipertingkat melalui Frame Scheduling 2.0 yang akan membantu untuk mengoptimumkan prestasi ketika bermain serta meningkatkan kecekapan tenaga.
Selain itu, peranti ini dijangka akan dimuatkan dengan kapasiti bateri 7000mAh yang dipadankan dengan pengecasan pantas 100W. Menggunakan skrin bersaiz 6.85-inci dengan resolusi 1.5K dan menyokong paparan 144Hz.
Seperti biasa, maklumat lebih tepat mengenai peranti ini hanya akan diketahui pada hari pelancarannya. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.