Sebelum ini, Samsung telahpun mengumumkan sistem operasi mereka yang seterusnya iaitu One UI 7. Sistem operasi dibina berasaskan kepada Android 15 dan dijangka hadir dengan pelbagai peningkatan.
Terbaru, menurut laporan kemas kini One UI 7 versi beta hanya akan tiba selepas 17 November ini. Namun begitu, untuk permulaan hanya dua negara sahaja yang akan menerima kemas kini ini iaitu Korea Selatan dan Amerika Syarikat.
Selain itu, peranti terawal yang dijangka akan menerima One UI 7 versi beta adalah siri Galaxy S24, Galaxy Z Fold6 dan juga Galaxy Z Flip6.
Kemas kini One UI 7 versi stabil hanya akan dilepaskan selepas siri Galaxy S25 diperkenalkan. One UI 7 dijangka hadir dengan pelbagai peningkatan yang lebih baik seperti antaramuka yang lebih menarik, prestasi sistem operasi yang dipertingkat dan lebih banyak fungsi Galaxy AI.