Close

Siri OPPO Find X8 akan tiba secara global pada 21 November ni

OPPO secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran siri Find X8 ke pasaran global iaitu pada 21 November ini. Acara tersebut akan berlangsung di Bali, Indonesia.

Di China, siri OPPO Find X8 hadir dengan 2 pilihan model iaitu Find X8 dan Find X8 Pro. Hadir dengan sistem kamera Hasselblad Master generasi baru yang dipadankan dengan cip terbaru dari MediaTek iaitu Dimensity 9400. Bukan itu sahaja, ia turut hadir dengan rekaan yang lebih nipis dan dilengkapi dengan pelbagai fungsi yang dikuasakan dengan AI.

Untuk kali ini, OPPO menyertakan butang tambahan pada model Pro iaitu Quick Button, membolehkan pengguna mengakses kamera dengan lebih pantas dan menyokong pelbagai fungsi lain seperti kawalan zum dan aperture.

Pada acara tersebut, OPPO akan turut mengumumkan sistem operasi baru iaitu ColorOS 15 yang dibina berasaskan Android 15. ColorOS 15 dijangka akan hadir dengan pelbagai peningkatan merangkumi antara muka, fungsi dan sebagainya.

Siri OPPO Find X8 akan turut diperkenalkan ke pasaran tempatan selepas dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia pada Oktober lalu. Namun begitu, OPPO Malaysia belum lagi mendedahkan sebarang maklumat mengenai ketibaan peranti ini. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN