COROS Malaysia secara rasmi memperkenalkan jam tangan pintar baru iaitu PACE Pro. Hadir dengan spesifikasi yang menarik bersama dengan fungsi yang dipertingkat sesuai untuk pelbagai sukan.
COROS PACE Pro hadir dengan skrin AMOLED besaiz 1.3-inci dengan resolusi 416 x 416 dan menyokong kecerahan puncak 1500 nits. Peranti ini menggunakan binaan dari fiber reinforced polymer dengan berat sekitar 37 gram.
COROS mendakwa, cip pemproses yang digunakan pada PACE Pro adalah 2 kali ganda lebih berkuasa berbanding model sebelumnya. Selain itu, ia menawarkan gabungan fungsi Maps dan GPS secara terbina membolehkan pengguna menjejaki setiap laluan dengan lebih tepat secara masa nyata.
Hadir dengan pelbagai ciri kesihatan dan kecergasan secara terbina seperti pemantauan pola waktu tidur, pengesanan tekanan, penjejakan kadar degupan jantung, SpO2 dan lain-lain. Selain itu, ia turut menyokong pelbagai mod sukan yang merangkumi berenang, berbasikal dan juga berlari.
Dari segi ketahanan bateri, ia mampu bertahan sehingga 20 hari untuk penggunaan biasa dan 6 hari dengan fungsi Always On Display (AOD) diaktifkan. Tidak ketinggalan, ia turut menyokong penarafan 5 ATM sekaligus membolehkan ia digunakan untuk aktiviti air.
Di Malaysia, COROS PACE Pro dijual pada harga RM1699. Bagi yang berminat, ia boleh didapatkan melalui pengedar rasmi COROS Malaysia bermula hari ini.