Aplikasi Google Gemini kini tersedia untuk semua pengguna iPhone. Buat yang tidak mengetahui, Gemini merupakan chatbot yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI) dari Google.
Sebelum ini, aplikasi Gemini hanya ditawarkan untuk pengguna Android sahaja. Melalui Gemini Live, pengguna boleh bertanya pelbagai soalan dan pendapat mengenai sesuatu topik. Lebih menarik, interaksi antara pengguna kini lebih semula jadi dan lebih lancar.
Gemini mampu menyesuaikan gaya perbualan berdasarkan kepada soalan atau percakapan mengenai sesuatu perkara. Pengguna juga boleh menetapkan suara yang sesuai untuk Gemini Live. Buat masa ini, Gemini menyokong lebih dari 10 bahasa dan lebih banyak bahasa akan disokong pada masa akan datang.
Bukan itu sahaja, Gemini turut menyokong sambungkan aplikasi Google, pembelajaran seperti soalan kuiz, carian atau janaan imej dan lain-lain. Bagi yang berminat untuk mencuba, aplikasi Gemini boleh dimuat turun melalui Apple App Store.