Close

Apple menyenaraikan iPhone 6s Plus dan iPhone XS Max sebagai produk vintaj

Apple mengemas kini produk vintaj mereka dengan menyenaraikan dua lagi model iaitu iPhone 6s Plus dan iPhone XS Max.

Kedua-dua model ini telahpun diperkenalkan pada September 2015 untuk iPhone 6s Plus. Sementara, iPhone XS Max pula diperkenalkan pada September 2018.

Produk atau peranti yang tidak lagi dikeluarkan atau diedarkan lebih daripada 5 tahun dan kurang daripada 7 tahun akan disenaraikan sebagai vintaj atau usang.

Dengan penyenaraian tersebut, Apple tidak lagi menawarkan perkhidmatan atau pembaikan perkakasan untuk kedua-dua model di semua Apple Store atau Apple Authorized Service Providers (AASP).

Walau bagaimanapun, 2 lagi model iaitu iPhone 6s dan iPhone XS belum lagi disenaraikan sebagai produk vintaj oleh Apple. Selain iPhoe 6s Plus dan iPhone XS Max, Apple Watch Series 2 untuk model aluminum dan stainless steel turut disenaraikan sebagai produk vintaj.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN