Seperti yang kita tahu, CIMB kini dalam proses peralihan aplikasi dari CIMB Clicks kepada CIMB OCTO.
Seiring dengan itu, CIMB akan menamatkan beberapa perkhidmatan pada aplikasi CIMB Clicks bermula Disember ini. Antara perkhidmatan yang akan ditamatkan adalah pemindahan dana (termasuk pemindahan akaun sendiri, pemindahan DuitNow atau IBG), pembayaran bil dan JomPay serta pembayaran pinjaman dan kad kredit.
Untuk terus menggunakan perkhidmatan tersebut, pengguna perlu beralih ke aplikasi CIMB OCTO. Aplikasi tersebut boleh dimuat turun melalui Google Play Store, Apple App Store dan juga HUAWEI App Gallery.
Sebelum ini, CIMB telahpun menamatkan beberapa perkhidmatan untuk aplikasi CIMB Clicks yang bermula pada Ogos 2024.