Close

iPhone SE 4 mungkin tiba pada suku pertama 2025

iPhone SE generasi ke-4 dijangka akan diperkenalkan pada suku pertama tahun 2025.

Menurut laporan, Apple merancang untuk memperkenalkan iPhone SE 4 pada penghujung suku pertama 2025 iaitu sekitar Mac. Sebagai rekod, iPhone SE 3 turut diperkenalkan pada sekitar Mac tahun 2022.

iPhone SE 4 dijangka hadir dengan rekaan yang sama seperti iPhone 14. Menggunakan skrin OLED bersaiz 6.1-inci, port pengecasan USB-C, kamera 48MP dan menyokong Apple Intelligence. Dikuasakan dengan cip siri A dengan 8GB RAM.

iPhone SE 4 bakal menjadi peranti pertama yang akan dilengkapi dengan modem 5G yang dihasilkan sendiri oleh Apple. Modem tersebut dikatakan telah dibangunkan pada 2018 untuk digunakan pada peranti Apple.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan adakah modem tersebut akan menawarkan kemampuan yang sama seperti modem dari Qualcomm atau sebaliknya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN