Close

Instagram bakal hadir dengan fungsi ‘Reset’ algoritma

Instagram bakal memperkenalkan fungsi baru yang dipanggil sebagai ‘Reset Algorithm’. Seperti namanya, fungsi ini akan membolehkan pengguna melakukan set semula algoritma kandungan di Instagram.

Melalui fungsi ini, pengguna boleh set semula algoritma kandungan yang dicadangkan oleh platform. Apabila fungsi ini diaktifkan, algoritma untuk kandungan pada Explore, Reels dan Feed akan di set semula. Pengguna akan melihat pelbagai kandungan secara rawak sebelum algoritma dapat memaparkan kandungan yang sesuai.

Fungsi ini sesuai untuk digunakan apabila pengguna merasakan kandungan yang disyorkan atau dicadangkan oleh Instagram tidak lagi relevan.

Walau bagaimanapun, fungsi ini masih lagi di fasa ujian dan dijangka akan tersedia secara berperingkat untuk semua pengguna.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN