Close

Tesla bakal perkenal Supercharger V4 500kW pada 2025

Tesla bakal memperkenalkan pengecasan Supercharger V4 baru yang menyokong pengecasan lebih pantas iaitu sehingga 500kW pada tahun hadapan.

Pengecasan ini akan digunakan untuk kenderaan elektrik (EV) dan juga trak komersial Tesla Semi. Pengecasan baru ini akan menggunakan kabinet kuasa baru yang menyokong pengecasan lebih pantas.

Selain itu, kabinet ini turut menyokong sambungan sehingga 8 stesen pengecasan sekaligus menjadikan ia lebih efisien. Pengecasan ini akan turut menyokong pengeluar EV lain seperti Hyundai, Porsche dan Kia.

Ketibaan pengecasan ini dijangka akan dapat mengurangkan masa pengecasan. Stesen pengecasan ini dilaporkan sedang melalui proses kelulusan dan dijangka akan mula beroperasi pada 2025.

ARTIKEL BERKAITAN