Close

nubia Z70 Ultra diperkenalkan – Guna cip Snapdragon 8 Elite dengan bateri 6150mAh

nubia Z70 Ultra telahpun diperkenalkan secara rasmi di China. Tampil dengan spesifikasi yang lebih berkuasa dan kemampuan kamera yang lebih baik.

nubia Z70 Ultra hadir dengan rekaan yang sama seperti model sebelumnya. Dilengkapi dengan skrin AMOLED BOE bersaiz 6.85-inci dengan paparan 144Hz dan kecerahan puncak 2000 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan 24GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB.

Dari segi fotografi, nubia Z70 Ultra menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor 50MP Sony IMX906 (35mm) + 64MP Periskop (70mm) + 50MP Ultra Lebar (13mm). Kamera peranti ini menyokong aperture boleh ubah dari f/1.59 hingga f/4.0. Selain itu, terdapat butang kamera yang boleh diguna untuk mengambil gambar, fokus dan lain-lain. Untuk swafoto, ia menggunakan sensor 16MP yang diletakkan di bawah skrin.

Dimuatkan dengan bateri silikon-karbon 6150mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W. Spesifikasi lain yang turut dimuatkan seperti pengimbas cap jari bawah skrin, penarafan IP69, komunikasi satelit dua hala, NFC dan menjalankan sistem operasi Nebula AIOS berasaskan Android 15 yang hadir dengan pelbagai fungsi AI terbina.

Di China, nubia Z70 Ultra dijual pada harga bermula sekitar CNY4599 (RM2835). Ditawarkan dengan 3 pilihan warna iaitu Black, Amber dan Starry Night Blue. Peranti ini dijangka akan turut ditawarkan ke pasaran global pada 26 November ini.

ARTIKEL BERKAITAN