Close

WhatsApp kini hadir dengan fungsi ‘Transcript’ – Tukar mesej suara kepada teks

WhatsApp kini memperkenalkan fungsi baru pada aplikasi mereka iaitu ‘Voice Message Transcript’. Fungsi ini membolehkan mesej suara ditukarkan kepada dalam bentuk teks.

Dengan ada fungsi ini, ia dapat memudahkan lagi pengguna dan tidak lagi perlu mendengar mesej suara sebaliknya hanya membaca teks yang telah ditukar melalui fungsi tersebut.

WhatsApp menyatakan, fungsi ini akan dijana secara terus melalui peranti dan menyokong ciri penyulitan hujung ke hujung. Bermaksud, pihak lain dan juga WhatsApp tidak boleh mendengar atau membaca kandungan mesej suara atau teks tersebut.

Fungsi telah dilepaskan secara berperingkat dan dijangka akan tersedia kepada semua pengguna tidak lama lagi. Selain itu, fungsi ini hanya menyokong bahasa sahaja itu English, Sepanyol, Portugis dan Russian. Lebih banyak bahasa akan disokong pada masa akan datang.

Untuk mengaktifkan fungsi ini, pergi ke Settings > Chats > Voice Message Transcript. Untuk menggunakan fungsi ini, tekan hold pada mesej suara dan tekan ‘transcribe’.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN