ASUS Republic of Gamers (ROG) melalui Facebook rasmi mereka berkongsi tarikh pelancaran untuk siri ROG Phone 9 iaitu pada 10 Disember ini.
Siri ROG Phone 9 telahpun dilancarkan lebih awal ke pasaran global pada 19 November lalu. Ditawarkan dengan 3 pilihan model iaitu ROG Phone 9, ROG Phone 9 Pro dan ROG Phone 9 Pro Edition.
Siri ROG Phone 9 hadir dengan skrin LTPO AMOLED bersaiz 6.78-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 185Hz dan kecerahan puncak 2500 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan RAM LPDRR5X sehingga 24GB dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.0.
Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony Lytia 700 +13MP Ultra Lebar + 32MP Telefoto. Manakala swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 32MP. Butang AirTrigger peranti ini turut boleh digunakan sebagai butang untuk mengawal aplikasi kamera.
Dimuatkan dengan bateri 5800mAh yang menyokong pengecasan berwayar 65W dan 15W tanpa wayar. Siri ROG Phone 9 turut menyokong sistem penyejukkan yang lebih baik dan lebih besar iaitu 57% berbanding model sebelumnya.
Buat masa ini, ASUS Malaysia belum lagi mendedahkan maklumat mengenai ketersediaan dan juga harga jualan untuk siri ROG Phone 9. Seperti biasa, maklumat tersebut hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak.