Close

Apple dilaporkan tawar pelaburan $100 juta di Indonesia

Seperti yang kita tahu, Indonesia telahpun menyekat penjualan iPhone 16 di negara tersebut. Disebabkan oleh kegagalan Apple untuk memperbaharui pensijilan Tingkat Komponen Dalam Negeri (TKDN) dan komitmen pelaburan.

Sebelum ini, Apple sedia untuk melabur sekitar $10 juta di sebuah kilang di Bandung, Indonesia untuk membolehkan iPhone 16 dijual di negara tersebut. Terbaru, Apple dikatakan telah meningkatkan pelaburan mereka kepada $100 juta iaitu nilai yang hampir sama dengan komitmen pelaburan yang gagal dipenuhi oleh syarikat tersebut.

Pelaburan sekitar $100 juta itu dijangka akan dilakukan dalam tempoh dua tahun akan datang. Pelaburan tersebut dijangka akan memfokuskan kepada penyelidikan dan juga pembangunan di negara tersebut.

Pada ketika ini, Apple dikatakan masih lagi menanti pengesahan dari Kementerian Perindustrian Indonesia berkenaan dengan cadangan pelaburan tersebut.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN