Close

Indonesia mahu Apple labur lebih dari $100 juta

Apple perlu meningkatkan jumlah pelaburan mereka di Indonesia selepas cadangan pelaburan $100 juta ditolak oleh negara tersebut.

Menurut Kementerian Perindustrian Indonesia, cadangan pelaburan $100 juta oleh Apple tidak mencukupi untuk membolehkan iPhone 16 dijual di Indonesia. Cadangan pelaburan tersebut tidak adil jika dibandingkan dengan pelaburan yang dilakukan oleh Apple di Thailand dan Vietnam.

Selain itu, Indonesia mahu Apple komited untuk membuat pelaburan baru sehingga 2026. Berikutan itu, Kementerian akan menjemput Apple untuk melawat Indonesia bagi membincangkan perkara tersebut dengan lebih lanjut.

Sebagai rekod, Indonesia telah menyekat penjualan iPhone 16 selepas Apple gagal memenuhi syarat yang diletakkan. Yang mana, setiap fon yang dijual harus mempunyai sekurang-kurangnya 40% alat gantian atau komponen dari pembuat tempatan.

Apple turut mempunyai komitmen pelaburan tertunggak iaitu sekitar $10 juta yang sepatutnya diselesaikan sebelum 2023.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN