Close

Meta rancang bina kabel internet dasar laut – Kos pembinaan mencecah $10 billion

Meta dikatakan sedang merancang untuk membina kabel internet dasar laut. Projek pembinaan ini dijangka akan menelan belanja sekitar $10 billion dengan jarak sejauh 40,000 kilometer.

Projek kabel internet dasar laut ini akan melalui pantai timur AS, Afrika Selatan, India, pantai utara Australia dan pantai barat AS. Laluan kabel ini berbentuk ‘W’ bagi mengelakkan kawasan konflik geopolitik seperti Singapura, Laut Merah dan Selat Melaka.

Walau bagaimanpun, rancangan ini dikatakan masih lagi di peringkat awal. Selain itu, projek pembinaan ini perlu melalui beberapa fasa kajian sebelum perlaksanaan dibuat sepenuhnya.

Namun begitu, sekiranya projek ini berjaya dilaksanakan ia berpotensi untuk menjadi infrastruktur terpenting bagi Meta.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN