Bersempena dengan ulang tahun ke-30 PlayStation, Sony telah memperkenalkan kemas kini baru untuk PlayStation5 (PS5). Buat yang tidak mengetahui, konsol pertama Sony iaitu PlayStation diperkenalkan pada 3 Disember 1994.

Kemas kini terbaru itu membolehkan PS5 menyokong tema klasik untuk semua generasi PS iaitu PlayStation 1, PlayStation 2, PlayStaion 3 dan PlayStation 4. Melaluinya, pengguna boleh memilih antara muka dan audio sistem termasuklah boot animation ikonik bagi setiap generasi.

Tema klasik PS1 dan PS2 dijangka menjadi pilihan pengguna berbanding PS3 dan PS4. Selain itu, Sony turut memperkenalkan tema khas sempena ulang tahun ke-30.
a new PS5 update has brought back the original PS1 boot up screen and sounds to celebrate 30 years of PlayStation. You can also customize the home screen with sounds and designs from a variety of different PlayStation console generations pic.twitter.com/kMl7DjbfNL
— Tom Warren (@tomwarren) December 2, 2024
Walau bagaimanapun, sokongan tema klasik ini hanya tersedia untuk tempoh terhad sahaja. Kebanyakkan peminat dan pengguna mengharapkan Sony untuk mengekalkan sokongan tema klasik tersebut.