Close

Pengguna 5G di Malaysia kini mencapai 17.5 juta dengan liputan rangkaian melebihi 82%

Pengguna 5G di Malaysia kini mencapai sekitar 17.5 juta dengan liputan rangkaian melebihi 82%. Perkara tersebut dikongsi oleh Menteri Digital iaitu Gobind Singh Deo dalam satu program yang berlangsung di Johor.

Pengumuman tersebut menunjukkan perkembangan yang sangat positif mengenai perkembangan teknologi telekomunikasi di Malaysia. Seiring dengan perkembangan itu, kerajaan juga komited untuk memastikan semua infrastruktur adalah selamat dari segi penggunaan data dan juga keselamatan siber.

Selain itu, beliau turut menyatakan mengenai peranan Johor sebagai antara hab pendigitalan yang penting di negara ini. Kerajaan juga tidak menetapkan sebarang had terhadap pembinaan pusat data di negeri tersebut.

Pada masa akan datang, pusat data di Malaysia akan lebih memfokuskan kepada pusat data berkuasa AI yang dapat meningkatkan keberkesanan dan daya saing negara dalam era digital.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN