Close

Apple dilaporkan akan melabur $1 billion di Indonesia

Menteri Pelaburan Indonesia iaitu Rosan Roeslani, menyatakan yang Apple sedia untuk membuat pelaburan sekitar $1 billion di Indonesia.

Menurut Rosan Roeslani, Apple dijangka akan membuat pengumuman rasmi mengenai pelaburan tersebut pada minggu depan. Pelaburan tersebut dijangka akan dapat menyelesaikan sekatan penjualan iPhone 16 di negara tersebut.

Sebelum ini, Indonesia telah menyekat penjualan iPhone 16 selepas Apple gagal memenuhi syarat yang diletakkan. Yang mana, setiap fon yang dijual harus mempunyai sekurang-kurangnya 40% alat gantian atau komponen dari pembuat tempatan. Seiring dengan itu, Apple merancang untuk menghasilkan aksesori dan komponennya secara tempatan.

Pelaburan ini dijangka akan dapat wewujudkan rantaian bekalan global dan menawarkan peluang pekerjaan yang lebih banyak di Indonesia.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN