Close

Perodua memperlihatkan rekaan EMO-II – Harga jualan bawah RM90K?

Perodua secara rasmi memperlihatkan rekaan EV pertama mereka iaitu EMO-II di acara Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS 2024).

EMO-II dilihat tampil dengan rekaan yang lebih futuristik berbanding prototaip awal yang diperlihatkan di acara Autoshow 2024. Walau bagaimanapun, tiada maklumat terperinci yang dikongsi oleh Perodua pada ketika ini.

EMO-II dijangka akan dilengkapi dengan bateri 50kWh yang menawarkan jarak gerak sekitar 400 km. Perodua mendakwa EMO II mampu memecut dari 0 ke 100 km/j kurang daripada 7 saat.

Dari segi pengecasan, ia menyokong dua teknologi pengecasan iaitu AC dan DC. Untuk pengecasan DC, ia mampu mengecas dalam masa 30 minit. Manakala untuk pengecasan AC, ia mengambil masa sekitar 7 jam.

Bercakap mengenai harga jualanya, Perodua menyatakan yang EV ini akan dijual pada julat harga sekitar RM60K hingga RM90K.

ARTIKEL BERKAITAN