iQOO Malaysia secara rasmi memperkenalkan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu iQOO 13. Tampil dengan spesifikasi menarik dan merupakan fon terawal yang dijana dengan cip Snapdragon 8 Elite di Malaysia.
![](https://fuzz.my/storage/2024/12/photo_6233339621153030884_y-1024x768.jpg)
iQOO 13 hadir dengan skrin 6.82-inci LTPO 2.0 AMOLED yang dihasilkan oleh BOE. Turut menyokong paparan 144Hz, kecerahan puncak 1800 nits dan PWM Dimming 2592Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB.
![](https://fuzz.my/storage/2024/12/photo_6233339621153030886_y-1024x768.jpg)
Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony IMX921 + 50MP Ultra Lebar Samsung S5KJN1 + 50MP Telefoto Sony IMX816. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 32MP. Dimuatkan dengan bateri 6150mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W.
![](https://fuzz.my/storage/2024/12/photo_6233339621153030882_y-1024x768.jpg)
Perkara menarik mengenai iQOO 13 adalah ia hadir dengan lampu RGB yang diletakkan pada modul kamera. Lampu RGB ini menyokong 12 kombinasi warna dengan 6 kesan dinamik antaranya pulsing dan spiraling. Lampu ini turut boleh digunakan untuk pelbagai fungsi lain seperti notifikasi, muzik, status bateri dan lain-lain.
![](https://fuzz.my/storage/2024/12/photo_6233339621153030895_y-1024x768.jpg)
Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti Bluetooth 5.4, NFC, pengimbas cap jari ultrasonik, penarafan IP68/IP69 dan menjalankan sistem operasi Funtouch OS 15 berasaskan kepada Android 15.
![](https://fuzz.my/storage/2024/12/photo_6233339621153030898_y-1024x768.jpg)
Di Malaysia, iQOO 13 dijual pada harga bermula RM3499 (12GB + 256GB) dan RM3699 (16GB +512GB). Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula 4 hingga 5 Disember. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma bernilai RM1410.