realme bakal memperkenalkan peranti baru dengan kapasiti bateri 7000mAh. Peranti ini akan dikenali sebagai realme Neo7.
realme Neo7 akan diperkenalkan pada 11 Disember ini di China. Merupakan sebuah peranti kelas pertengahan yang memfokuskan kepada jangka hayat bateri yang lebih panjang.
Menurut realme, teknologi bateri yang digunakan pada peranti ini dibangunkan dengan kerjasama CATL. Dengan teknologi ini, ia menawarkan ketumpatan tenaga yang lebih tinggi dalam masa yang sama dapat mengekalkan saiz dan berat ideal untuk sebuah peranti.
Melalui ujian yang dilakukan, bateri ini mampu bertahan sehingga 3 hari penggunaan. realme Neo7 adalah 0.1mm lebih nipis berbanding GT Neo6 walaupun menggunakan kapasiti bateri yang lebih besar.
Bercakap mengenai spesifikasi, realme Neo7 akan dijana dengan cip Dimensity 9300+ dan menyokong penarafan IP69.