MG Motor Malaysia melalui acara KLIMS 2024 telah memperkenalkan MG Cyberster untuk pasaran tempatan. Menariknya, ia merupakan EV ‘roadster’ pertama yang ditawarkan di Malaysia.
MG Cyberster dilengkapi dengan motor elektrik yang mampu menghasilkan kuasa 375 kW dengan tork 725 Nm. Mampu memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam masa 3.2 saat. Dimuatkan dengan bateri 77 kWh yang menawarkan jarak gerak sekitar 446 km (WLTP).
Seperti namanya, EV ini mempunyai bumbung elektrik (electric soft top) yang boleh dibuka dan ditutup. Untuk proses membuka, ia mengambil masa sekitar 10 saat.
Untuk pengecasan, ia menyokong pengecasan DC pada 150 kW yang mampu mengecas 10% ke 80% hanya dalam masa 38 minit sahaja. Turut menyokong pengecasan AC pada 7 kW dengan tempoh mengecas sekitar 10 jam untuk pengecasan penuh.
Di Malaysia, MG Cyberster dijual pada harga RM320K dan ditawarkan dengan 4 pilihan warna iaitu English White, Inca Yellow, Camden Grey dan Dynamic Red.
Setiap pembelian akan menerima jaminan selama 7 tahun atau 150,000 km, jaminan bateri selama 8 tahun atau 180,000 km, jaminan motor elektrik selama 8 tahun atau 160,000 km dan unit pengecasan 7 kW. Selain itu, ia turut menawarkan pengecasan percuma selama 1 tahun melalui JomCharge dengan fungsi AutoCharge, membolehkan pengguna mengecasa tanpa perlu menggunakan sebarang aplikasi.