Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan yang mereka akan melakukan penyelenggaran sistem pada 6 hingga 8 Disember ini.
Berikutan dengan itu, sistem mySIKAP dan portal JPJ tidak boleh diakses buat sementara waktu pada 6 Disember, 6.00 petang sehingga 8 Disember, 6.00 pagi.
Antara perkhidmatan yang terjejas dengan penyelanggaran sistem tersebut adalah seperti :
- 1- Kaunter JPJ Negeri, Cawangan & UTC.
- 2- JPJ Mobile.
- 3- Portal Awam & Portal Rakan Niaga.
- 4- Integrasi Bersama Agensi & Rakan Niaga.
- 5- Aplikasi MyJPJ.
- 6- JPJeBid.
- 7- Kios JPJ.
- 8- Vehicle Entry Permit (VEP) – Pembayaran eWallet.
Untuk mengelakkan sebarang permasalahan, pengguna disarankan untuk menyelesaikan urusan lebih awal atau menunggu sehingga tempoh penyelenggaraan selesai. Dalam pada itu, JPJ turut menyatakan permohonan maaf atas kesulitan yang berlaku.